Search This Blog

Loading...

Friday, June 12, 2009

Apabila Pembohong Menjadi SU Agung PAS

Perlantikan Mustafa Ali sebagai SU Agung amat amat menyedihkan saya. Mengapa? Kerana dimanakah maruah Parti Islam seperti PAS meletakkan orang yang pernah berbohong kepada AJK PAS Pusat berkenaan berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Bila dilihat kembali tahun lepas sewaktu khabar-khabar angin bertiup berkenaan berlakunya perjumpaan dalam gelap, Mustafa Ali menafikan keterlibatan beliau. Malahan, Ustaz Nasa juga menafikan. (seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/85088).

Ini telah memaksa Mahfudz Omar menarik balik kenyataan beliau yang pada mulanya menafikan berlakunya perjumpaan antara UMNO dan PAS.( http://www.malaysiakini.com/news/86862).

Ini bererti berlaku pembohongan yang jelas oleh mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap bersama UMNO dan PAS. Ini juga bererti perjumpaan itu adalah “salah” dari sudut prosedur dan peraturan PAS serta niat perjumpaan juga adalah salah. Kalau tidak mengapa perlu berbohong?

Dengan kata lain, perjumpaan dalam gelap tersebut adalah perjumpaan yang berniat jahat dan bertujuan jahat. Itulah sebabnya sehingga hari ini Mursyidul Am menentang segala usaha yang dilakukan untuk merapatkan PAS dengan UMNO i.e. cadangan Kerajaan Perpaduan.

Rakyat Amerika yang Kafir Menolak Pimpinan Mereka yang Berbohong

Richard Nixon terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana terlibat skandal Watergate. Hakikatnya, beliau dipersalahkan bukan kerana terlibat dalam skandal tersebut, tetapi kerana telah berbohong kepada rakyat Amerika tentang keterlibatan beliau dalam isu tersebut.

Gary Hart terpaksa menarik diri dari menjadi calon Demokrat menentang G. Bush Senior kerana beliau telah berbohong berkaitan skandal seks beliau.

Namun, Bill Clinton tidak perlu pula meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana beliau telah mengaku dengan jelas akan keterlibatan beliau dalam skandal Monica Lewinsky.

Ini bererti, rakyat Amerika yang bukan Islam itu menunjukkan akhlak Islam yang lebih tinggi kerana menolak pimpinan2 mereka yang telah berbohong.

Perwakilan2 PAS pula telah menaikkan pimpinan2 mereka walaupun pimpinan itu terbukti berbohong.

Inikah dia akhlak Islami yang cuba ditunjukkan oleh PAS dan perwakilan-perwakilan PAS di seluruh Malaysia?

Bolehkah ahli-ahli PAS selepas ini mengatakan bahawa mereka membawa panji Islam apabila mereka terbukti mempunyai akhlak yang lebih rendah berbanding rakyat Amerika yang 90% bukan Islam?

Perlantikan Nasa dan Cikgu Pa membuktikan bahawa perwakilan2 PAS menerima amalan berbohong. Itulah masej yang telah dihantar kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan rakyat dunia.

Bagaimanakah PAS hendak dipercayai lagi selepas ini? BAgaimanakah PAS hendak menyampaikan dakwah Islamiyyah mereka selepas ini?

Tulang Besi
____________________________________________________________________

Nasharuddin denies holding secret meetings with Najib Beh Lih Yi & Fauwaz Abdul Aziz | Jun 26, 08 1:28pm (http://www.malaysiakini.com/news/85088)
PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa today denied holding secret meetings with Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak to discuss possible collaborations between PAS and Umno.
MCPX
He said he had not met Najib, also the Umno deputy president, in London or elsewhere - contrary to recent rumours that he has allegedly acted on personal capacity to talk to Umno leader and had been offered position.

"I was in London to attend a seminar on governance organised by the Commonwealth Parliamentary Association as a Malaysian Parliament representative.

"There was no meeting with the deputy prime minister in London or elsewhere," Nasharuddin, who is also the Bachok MP, told a press conference today at the Parliament lobby which was held to clarify the speculations.

"The reports in the mainstream media that I have held secret meetings with the deputy premier in London is irresponsible, unethical and (of) defamatory (nature)," he added.

Hadi: PAS aware of Umno's tactic

Nasharuddin also read out a one-page statement signed by party president Abdul Hadi Awang during the press conference, which among others, strongly ruled out a PAS-Umno collaboration.

"Any such allegation or proposal has been denied by PAS top leadership (as we) acknowledge our recent electoral victory represents the people's wish to see PAS to be with Pakatan Rakyat," read the statement.

The statement added that PAS was committed to strengthen Pakatan and argued that the speculation was part of the efforts to cause anxiety among opposition leaders.

"PAS is very much aware of why Umno or BN is using this tactic (as) they are in a situation dealing with numerous internal leadership crises and facing the people's anger over the rise of fuel prices and inflation," the statement added.

Asked on whether he agreed with any member-to-member level talk between Umno and PAS, Nasharuddin said that has been "ongoing" for a long time.

"You can see very obviously in Parliament or other public areas where our MPs do talk and communicate with any political organisation whether with Umno, MCA, MIC or political organisations from overseas, it's nothing new," he said.

He did not deny this unofficial talk was part of the efforts to get Umno members to defect to PAS.

"Talks and discussions can come in many topics, one of that could be (to get them to defect)," said Nasharuddin.

Also present at the press conference was PAS secretary-general Kamaruddin Jaffar, Youth chief Salahuddin Ayub and other PAS MPs.

Mustafa Ali also denies involvement

Nasharuddin's clarification today was said to be prompted by a number of PAS leaders who have urged him to clear the air openly at the party's central working committee meeting last night.

When asked, secretary-general Kamaruddin said the party's leadership last night decided that it wanted to "put the matter to rest".

Another PAS leader who was implicated in the secret talks with Umno, party strategist and veteran Mustafa Ali (photo: right), has also denied to Malaysiakini earlier that he was involved in the talks or that he had been offered any position.

A high-ranking PAS leader, who requested for anonymity and who was present at the central working committee last night, however said the matter of PAS-Umno collaboration was still being hotly debated among the top leadership.

According to him, the party president will be travelling to London soon to attend a conference involving other Islamic groups and would seek advice will be sought from an influential Islamic party ‘Muslim Brotherhood' regarding this subject.

The source said part of the reason that PAS was considering the possibility of working with Umno was triggered by PKR's ongoing attempt to get BN's Sabah and Sarawak party leaders - majority of whom are non-Muslims- to join Pakatan.

If that happens, it may ‘dilute' PAS' influence within the opposition alliance in relation to Malay-Islamic issues.

"As a major Islamic group, we have to consider all options," the source told Malaysiakini.

An evasive Najib

Meanwhile, Najib, when asked at a separate press conference held at the Parliament lobby today, appeared evasive to respond although he was pressed twice on the issue.

"I don't need to answer any question like that," he told reporters when asked on whether there was any talks between PAS and Umno.

Pressed on whether he ever met Nasharuddin overseas, the deputy premier ignored the question and turned to other journalists saying: "Any other question?"

There have been rumours in recent months that both Umno and PAS were stitching a secret deal in a move which would eventually see PAS being absorbed into BN.

The basis of such talks were said to be built on the grounds of strengthening the Malay unity and also to strengthen BN which is increasingly facing pressure from the Anwar Ibrahim-led Pakatan Rakyat.

PAS is presently an ally of PKR and together with DAP, formed the Pakatan Rakyat coalition which presently ruled five states.

The Pakatan coalition has also denied the BN its much savoured two-thirds majority in Parliament in the last general election.

Yesterday PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat reportedly said he would not be holding any meeting with Umno leaders to prevent fissures within PAS.

He said any negotiation with Umno would only disunite PAS because some members would not agree to it.

Nik Aziz had earlier told Malaysiakini that he was against a pact between PAS and Umno.

_____________________________________________________________________
Ada pemimpin sorok info PAS-Umno (http://www.malaysiakini.com/news/86862)

Jul 28, 08 5:35pm dikemaskini PAS bulan lalu menafikan wujudnya rundingan PAS-Umno kerana mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu tidak memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti itu, kata ketua penerangannya Mahfuz Omar.

"Ia (penafian) adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS," katanya dalam satu surat terbuka memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti itu.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."

Hasil maklumat yang tidak lengkap itu, PAS mengarahkan Mahfuz mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan dua parti itu pada 10 Jun.

Dalam kenyataan awalnya itu, Mahfuz "menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno" dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".

Beliau berkata penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat" pihak media dan BN dalam usaha mereka untuk "pecah dan perintah Pakatan Rakyat".

Mahfuz juga berkata penyebaran itu bertujuan "menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan, rakyat dan pengundi terhadap PAS."

Dalam kenyataan panjang lapan perenggan hari ini, Mahfuz memohon maaf selepas dianggap "membohongi" ahli dan penyokong PAS sehingga menerima kritikan banyak pihak.

"Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

"Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Mahfuz menambah: "Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

"Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat."

Tambah ahli parlimen itu, kenyataannya bulan lepas "bukanlah atas sifat peribadi" tetapi dibuat "atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan beliau berbuat demikian."

Pendedahan Mahfuz ini bertentangan dengan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menyebut rundingan itu telah dimaklumkan kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama PAS.

"Berikutan itu majlis syura ulama PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," kata Abdul Hadi, mengakui pendedahan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 20 Julai lepas.

Abdullah membongkar pertemuan peringkat tertinggi melibatkan beliau sendiri dan Nasharuddin sebanyak tiga kali dalam rundingan dua parti itu, antaranya untuk perkongsian kuasa sejurus selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.


Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

49 replies:

Anonymous said...

Husam lagi kuat bohong.

Tulang Besi said...

Kau ada bukti ke Husam kuat bohong? Kalau takda bukti ertinya kau tu yang pembohong

mat said...

Time to leave PAS which now has proven itself as a party with no credibility and honour. I would like to urge Datuk Nik Aziz to form a separate Islamic Party with true Islamic principles.

Anonymous said...

saudara tulang besi,
sudah-sudahlah dgn perkara sebegini. sampai bila hendak bertelagah secara kebudak-budakkan, sedangkan pada masa ini kita wajib mantapkan saf.kita di ambang kemenangan.kita bencikan ubn,tetapi pd masa yg sama sedang beri mereka kekuatan kembali, akibat pertelagan sesama sendiri. kita sedang bunuh pemimpin sendiri dan memecah-belahkan jemaah. harap saudara pertimbang dgn iman.

leecopperten said...

Pembohong adalah Munafiq. Munafiq lagi teruk dari kafir. Munafiq akan dihumban ke dalam neraka jahannam.

Jadi Pas telah melantik SUA munafiq. Ahli neraka jadi SUA Pas.

Vagabond said...

Macamana nak mantapkan saf kalau boneka umno masih nak cerita pasei perpaduan...lepas tu asyik kata org tak paham...depa ni tak paham ke yg org dah meluat dan tak mahu ada apa2 hubungan dgn ameno...full stop...cerita mcm mana pun org tak mahu....kalau dah tong taik (ameno) apa ke halnya kita nak terjun masuk dalam .... sepatutnya kita jauhkan diri bukannya pi dekat...tak kan tak paham2 lagi.

sam raspiut said...

Semalam Tgna cakap golongan UG ini
BONEKA UMNO dan segala cadangan dan kenyataan UG dari pemimpin boneka Umno adalah bukan mewakili Pas!

penyokong pemimpin boneka umno ni tak serik-serik wala'
kepala mereka penuh dengan wala' takde ruang langsung untuk kebenaran, tak pandai nak kaji sejarah pemimpin boneka mereka.

pada puak wala' ni semua yg bersalahan dengan pemimpin mereka adalah bohong semua.. kalu bawak kitab pun kitab jadi bohong!!

aku pikir mereka ni betul-betul sama dengan pengikut Kerajaan Langit sebab usul agama, akhlak dan kebenaran dah jadi nombor dua,
pemimpin BONEKA UMNO jadi no.1

GAMAK-GAMAKNYA DEPA NI betul2 percaya wala' tu tiket masuk surga!

suka dema laa labu....

Din Liplap said...

Vagabond,
Macammana 3 ekok tu nak paham. Depa dok terbayang jadi menteri, kehulu kehilir ada orang escort, rumah besar, elaun besar, semua orng kena tabik. Dalam PAS semua kena buat sendiri. Tambah Mustafa Ali tu, jadi MP pun tak... peluang nak jadi menteri hanya melalui kerajaan perpaduan, dia dapat jadi senator, jadilah menteri. Nasaruddin memang cara hidup dia nak senang saja... tak mau susah2 dgn rakyat. Ambik kau PAS, pilih lagi org ni.

Anonymous said...

Mai apply kerja dalam majlis2 bandaran yg ada di selangor dan masuk mesyuarat exco2 di selangor.jgn tau bersembang kat luar aje.contoh:nak mintak kaunter seperate untuk byrn produk non halal (paling mudah arak di 7-11) sampai hari ni pun x dpt restu.mai mai mai.cukup dah bersembang.amar makruf nahi munkar?tukang surun arak kat 7-11 majoriti budak melayu.owner antah group pun melayu.nak implement ni pun susah sangat sedangkan ia fundamental.shah alam bandaraya bebas arak.ada jugak org melayu menentang samada bawahan atau pimpinan.ini belum lagi hal2 lain seperti membawa anjing bersiar-siar di kaki lima jalan dan taman2 awam.kat kasut dgn selipar pun ada najis berat.

Anoinimuz said...

Pa tu dulu Timbalan Menteri.
pernah merasa kemewahan dan kesenangan seorg menteri kerajaan.
Manekan tak nak jadik menteri, dapat elaun sana-sini, duit tak terkira.

Tayadih Maysia said...

Salam,

mantap & tepat!

Anonymous said...

PAS cap Kopok leko GANNU KITE...

kia71 said...

SALAM.

sudah terang lagi bersuluh....penyokong UG adalah boneka UMNNO...NO 1.2, SU dan sewaktu dgnnya adalah boneka UMNO.

jika kita sayang pada PAS,kita harus bertindak.....

singkirkn boneka umno

singkirkn boneka umno

singkirkn boneka umno

singkirkn boneka umno

singkirkn boneka umno

Grand Marquis said...

Kalau dah tak suka sangat dengan pimpinan PAS, kenapa tak berhenti dan keluar aje dari PAS. Masuk aje PKR. Bukan ke dalam PKR tu ada Pak Sheikh yang "tak bohong". Bukan macam pas yang SUnya "pembohong" dan presiden dan timbalan presidennya telah "dibeli" orang.

lan said...

Mustafa Ali memang kepala kepada kerja2 kotor dalam PAS. Kerja dia pegang telur Hj Hadi. Bila kepala dah dipegang, seluruh kapal dia kontrol. Itulah Mustafa Ali yang aku kenal sejak 20 tahun dulu.

Betul apa TB kata dia pembohong. Jangan marah ya Zulkifli Sulong!

Anonymous said...

LGE pun sudah bertanya tentang penipuan Hadi ini.

Pelik apabila Hadi tidak membuat penjelasan panjang lebar berkenaan isu ini untuk meredakan keadaan. Mungkin Hadi sebenarnya TIDAK ADA penjelasan?

Mungkin sebenarnya idea UG ini adalah penjelasan untuk memberi credence pada aktiviti gelap si Nasa and gang. Bila dah kantoi, Nasa mengadu pada Hadi, terpaksa lah Hadi terkulat-kulat kelaurkan cerita UG ini. Tapi dah memang benda ni tak pernah difikir sebelum ini sesama pemimpin PAS, apakan lagi sesama pemimpin PR, jadilah UG ini benda yg busuk sebelum masak.

Maknanya, pemula pada UG ni dan kemelut politik Hadi sekarang ini adalah sebab hendak menyelamatkan bontot si Nasa ni.

Sepatutnya apabila sudah kecoh macam sekarang ini, sehingga menyusahkan Presiden sendiri, bukankah lebih baik Nasa (dan Mustapa Ali dll) meletakkan jawatan parti? Tindakan mereka masih bergantung pada jawatan mereka ini jelas menunjukkan masing-masing ini tidak sensitif pada perasaan rakyat, dan juga bersikap berkepentingan diri.

Disebabkan kerbau-kerbau yang busuk ni, habis rosak imej satu parti!

ABGJOE

Anonymous said...

TB,
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kerana tak penat-penat mendedahkan pembohongan boneka-boneka UMNO ni.Yang memberi undi kepada Nasaruddin Mat Isa tu fikir mereka dah wala" sangatlah pada ulamak.Nah!sekarang baru tau,yang dipilih tu sebenarnya ulamak jenis pembohong.

Harap TB bongkar lagi sehingga pembohong-pembohong ni terkencing.Tak usah pedulikan "rayuan" Mustafa Ali.TGNA pun kata,tak ada sebab mengapa Mustafa Ali hendakkan isu UG ini dihentikan.Mereka yang memulakan,merekalah yang menanggungnya

Diharap perwakilan yang memilih ulamak-ulamak pembohong ni akan puas hati sekarang mendapat Presiden,Tim.Presiden dan S/U Agong yang PEMBOHONG.

lan said...

mustafa ali ialah tuan penasihat 25%

hj Hadi pengikut je

nasha carca merba

buang mustafa ali eloklah PAS

dia bukan ulamak

rambut dan janggut je putih

Nizam Mahmud said...

Saya sudah kata kan sebelum ini;

"""Satu contoh Munafiqin adalah pergi berbincang dalam gelap kemudian tipu kata tak ada.

Sama juga dengan kata dah bincang dengan PR mengenai kerajaan perpaduan tapi sebenarnya tidak.

Cuma saya masih nak bersangka baik dengan dia ini. Saya syak ada pembantu dia bagi tau, pembantu ini dah bincang dengan pemimpin PR secara tak formal berkenaan UG dan dapat sambutan baik."""

Ya. Nampak nya sangkaan saya itu benar. Memang ada pembantu dia yang buat kerja sesat di belakang.

Apabila ditembak kiri kanan oleh PKR dan DAP. Syed Husin Ali, Kit Siang semua nya menafikan ada permbincangan tentang UG.

Siapa yang tukang jawab yang bagi macam-macam alasan? Siap cuba nak konar kata mereka 'mengandaikan' saja bahawa benda ini dah dibincang dengan DAP.

Jelas, dan sudah terang siapa pembantu yang buat kerja sesat itu.

Cuma yang amat dikesalkan adalah, pembantu yang buat kerja sesat itu pula diberi jawatan pentadbiran tertinggi dalam PAS.

Nizam Mahmud said...

Apabila pembantu yang buat kerja sesat (istilah Nik Abduh) dan mengarut (istilah Nik Aziz) ini di beri jawatan pentadbiran tertinggi dalam PAS.

Maka siap sedia lah PAS untuk menjalankan kerja-kerja sesat dan mengarut.

Jika PAS sudah menjalankan kerja sesat dan mengarut, apa kata PAS diharamkan dari guna perkataan Islam?

Tak kan lah Sisters in Islam saja yang kena.

Paip-On said...

WAHAI MANUSIA-MANUSIA YG BODO!!!!!! ESPECIALLY KPD TULANG BESI a.k.a TULANG BABI a.k.a BATU API...SUDAH2LAH DGN UG TU...LEPAS PERANG KAT MANIK URAI KITA DEBAT LA BALIK..TAK SABAQ2 KA...FOKUS LAH...AWAT HANGPA SEMUA BODO SGT...TAK MAU JIHAD KA...BIARLA ALLAH BALAS MEREKA2 YG HANGPA KATA BOHONG TU...BIARLAH ALLAH BALAS MEREKA YG HANGPA KATA BENAR TU...WALLAHUA'LAM

FOKUS KITA SKRG ADALAH HANCURKAN UMNO LAHANAT...BUKAN KOMEN BODO MCM TB TU...KHAKK TUIIHHHH!!!!!

Paip-On said...

AKU BUKAN TAK MAU NK CKP LEMBUT DGN SI TULANG BABI NI...TP AKU TGK KOMEN DIA MCM ADA AGENDA...AKU RASA LEPAS NI BAHASA AKU KAT TULANG BABI TIDAK AKAN ADA YG LEMBUT...MAAF YE SI TULANG BESI a.k.a TULANG BABI a.k.a BATU API

Anonymous said...

bual bicara ahli neraka...

Tulang Besi said...

June 12, 2009 5:38 PM
Anonymous Paip-On said...

WAHAI MANUSIA-MANUSIA YG BODO!!!!!! ESPECIALLY KPD TULANG BESI a.k.a TULANG BABI a.k.a BATU API...SUDAH2LAH DGN UG TU...LEPAS PERANG KAT MANIK URAI KITA DEBAT LA BALIK..TAK SABAQ2 KA...FOKUS LAH...AWAT HANGPA SEMUA BODO SGT...TAK MAU JIHAD KA...
.

hang ingat aku tgh buat apa ni?

Kita dok sebuk nak lawan UMNO kat luar tu, ghupanya UMNO ada kat dalam kelambu.

Pikiaq la sikit bila bercakap tu.

Tulang Besi said...

June 12, 2009 5:38 PM
Anonymous Paip-On said...

WAHAI MANUSIA-MANUSIA YG BODO!!!!!! ESPECIALLY KPD TULANG BESI a.k.a TULANG BABI a.k.a BATU API...SUDAH2LAH DGN UG TU...LEPAS PERANG KAT MANIK URAI KITA DEBAT LA BALIK..TAK SABAQ2 KA...FOKUS LAH...AWAT HANGPA SEMUA BODO SGT...TAK MAU JIHAD KA...
.

hang ingat aku tgh buat apa ni?

Kita dok sebuk nak lawan UMNO kat luar tu, ghupanya UMNO ada kat dalam kelambu.

Pikiaq la sikit bila bercakap tu.

Paip-On said...

WOO..WOOIII!!! TULANG BESI...

HANG ADA BUKTI KA YG UMNO ADA DALAM KELAMBU...ATAU ADA DALAM KELAMBU HANG SAJA...HANG PIKIAQ LA...FOKUS LAWAN UMNO YG REAL...YG REAL...YG REAL...YG ADA DEPAN MATA TAK LAMA LG...DOK KALUT TAK HABEH2 DGN UG TU BUAT APA...BRAPA BYK MASA DAN MANGSA DH TERKORBAN...SALAH SATU PEMBUNUHNYA ADALAH HANG..ADALAH HANG...

JGN PIKIAQ PIMPINAN PAS SEMUA BODO...DEPA LEBIH DEKAT LEBIH BYK BUKTI DR HANG...WALAU USTAZ AHMAD AWANG TAK DEDAH NAMA TP ADA PIMPINAN YG TAU..HANG IGT DEPA SEMUA DOK SAJA KA...HANG KOMEN MCM ORG SEMUA BODO..HANG SAJA YG PANDAI..PIGIRAHHHH!!!!

SUDAH LA...AKU MERAYU NI...LEPAS PRK MANIK URAI HANG NK TUNGGING TERBALIK PASAI UG NI PUN AKU TAK KISAH...AKU CUMA HARAP HANG FOKUS DGN TULISAN HANG UTK LAWAN UMNO LAHANAT UTK KEMPEN MANIK URAI..CARI BUKTI PENYELEWANGAN...HANG PI SIASAT N TENGOK BUKTI TAIK2 UMNO LAHANAT YG DEPA TINGGALKAN..KAN LAGI BAGUIH MCM TU KAN TULANG BESI...

Abd Razak said...

utk pengetahuan semua Grand Marquis,Nizam Toha dan ahli baru mereka iaitu Paip-On adalah mereka yg menyokong umno dan ingin pecahbelahkan PAS..Aku rs paip-on ni bodoh ke baghal...TGNA sendiri dh sahkan yg ada BONEKA umno dlm PAS...maknanya hang ckp TGNA pembohong le?xpn hang dh gelabah sbb hang pn salah satu BONEKA yg dimaksudkan?

nizamtoha said...

En Abd Razak,

Asal hujah kami tak sebulu ngan TB hang kata kami ni penyokong UMNO,come on la..Dewasa lah...

kami bersama Presiden.Dan menghormati Mursyidul Am.Cuma TB ni,klu dah rasa hebat sgt,hujahlah di peringkat mana sekali pun dlm parti.Jangan dok tembak luar gelanggang ja.Ke Dia tidak di terima dikawasan dia....maksudnya dia pun tertolak oleh ahli parti di kawasan dia sehingga dia tidak bisa menyuarakan pandangan.

Bila team dah kalah,pukul rata...
Ini Parti Islam..Parti Allah..Allah akan jaga parti ini dari segala keburukan dan kemusnahan.

En razak ,Ahli PAS ditarbiyyah,bukan bodo macam UMNO,
Jgn2 hang ni Razak baginda kot...

Anonymous said...

Kalu camtu, ana lantik Tuan Sheikh laa jadi SUA PAS baru... Tuan Sheikh rajin menulis kan.. Kerja SU menulis jer kan....Bole ker buat undi tak percaya kpd SUA PAS sekarang??
Di zaman ICT nih penyokong2 lebih hebat ilmu dari Pemimpin2....

Anonymous said...

TB,
Commercial Break

Pendedahan saudara begitu terang dan jelas hingga teringat saya akan satu kisah yang berkaitan.

Seorang bapa bertemu dengan anaknya yang telah menghilang selama belasan tahun.
Bapa - Nampaknya kau dah berubah nak.
Anak - Saya dah tak minum arak lagi
ayah
Bapa - Bagus
Anak - Saya pun dah berzina lagi
Bapa - Cantik
Anak - Saya dah tak berjudi lagi
Bapa - Hebat
Anak - Saya tak tinggalkan solah
Bapa - Itulah anak ayah
Anak - Cuma ada satu dosa lagi yang
belum tinggalkan.
Bapa - Ha,apa dia tu.
Anak - Saya kuat menipu
Bapa - Jahanam punya budak.

Untuk mengakhiri comm.break ini saya lekarkan sebuah pantun 6 kerat:

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Haruan keli pari
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri
Harapan jadi menteri.

gift card printing said...

aku tak kisah pasal Tulang besi ni tulis merapu2..fitnah, adu domba,...kita sebagai pembaca yg ada otak...boleh fikir sendiri..Tulis tajuk pun dah dapat dosa...apatah lagi isinya..memang dah jadi tali barut UMNO..tali barut musuh Allah..biarlah si tulang besi dgn blognya..insya-Allah..kita doakan dia semoga bahagia selalu dengan adu dombanya..kalau seorang muslim yg baik dan beramal soleh..pasti tulisannya tidak sebegini..akhir kata.."LEBIH BAIK AKU BERKAWAN DENGAN SETAN DARI BACA BLOG TULANG BESI"..pinjam skit kata2 TGNA

tulang besi said...

Anonymous said...

Kalu camtu, ana lantik Tuan Sheikh laa jadi SUA PAS baru... Tuan Sheikh rajin menulis kan.. Kerja SU menulis jer kan....Bole ker buat undi tak percaya kpd SUA PAS sekarang??
Di zaman ICT nih penyokong2 lebih hebat ilmu dari Pemimpin2....
.


Penyokong di Pembohong bersuara

Tulang Besi said...

Blogger gift card printing said...

aku tak kisah pasal Tulang besi ni tulis merapu2..fitnah, adu domba,...kita sebagai pembaca yg ada otak...boleh fikir sendiri..Tulis tajuk pun dah dapat dosa...apatah lagi isinya..memang dah jadi tali barut UMNO..tali barut musuh Allah..biarlah si tulang besi dgn blognya..insya-Allah..kita doakan dia semoga bahagia selalu dengan adu dombanya..
.
Aduhhhh nampaknya penyokong pemimpin penipu sedang kepanasan sebab baru tersedar mereka telah mengundi calon yang pembohong.

Kalau aku bohong, sila tunjuk bukti la.

Jangan main tuduh je.

Sama la, kalau dah pemimpin pembohong, pengikut 1000x pembohong.

Tulang Besi said...


kami bersama Presiden.Dan menghormati Mursyidul Am.Cuma TB ni,klu dah rasa hebat sgt,hujahlah di peringkat mana sekali pun dlm parti.Jangan dok tembak luar gelanggang ja.Ke Dia tidak di terima dikawasan dia....maksudnya dia pun tertolak oleh ahli parti di kawasan dia sehingga dia tidak bisa menyuarakan pandangan.
.

Kawasan mana hang cerita ni? Memang la, bila pemimpin kaki pembohong, pengikut 1000x pembohong.

Anonymous said...

Betul lah macam tulisan yang kata mereka ni wala' macam gulungan yang wala' kat Kerajaan langit itu lah... apa jua yang dimaklumkan walau pun benar mereka tetap kata bersangka buruk kepada pemimpin mereka. Nak buat macam mana, mereka parti PAS yang telah di tarbiyyah, usrah dan lain lain terminologi arab lain nya. Bagi aku orang biasa guna bahasa biasa iaitu di brainwash, indoctrinate, cucuk hidung dan di tambat pada sebatang pokok di padang ragut. Bahasa kampong aku kata " Elok jadi lembu".

Anonymous said...

UNDUR UNDUR UNDUR!!!
UNDUR MUSATAFA ALI!
UNDUR HJ HADI!
UNDUR NASA!
BONEKA SIAL UMNO!!!!!

Paip-On said...

WOO...WOOO.WOOOIIIII!!!! SI TULANG BESI

ISHHH3 HANG NI...TAK HABEH2 LG KA...DR AKU PI KERJA...MAIN BOLA...MAIN2 NGAN ANAK2...HANG MASIH DOK CKP PANDAI LG KA...MSH IGT ORG SEMUA BODO KA...APA LA JENIS SPESIS KO NI...TP AKU SERONOK JOIN BLOG HANG NI...AKU SUKA TGK MENTALITI PENULIS JENIS HANG NI...MENTALITI TAK DAK KEJA LAIN...ASYIK2 NK KONDEM SAJA ORG TU..ORG NI...BUKAN MCM CHECK N BALANCE ORG CKP...AHAKS

AKU MSH TETAP PENDIRIAN YANG TULANG BESI & ABD RAZAK NI TETAP BODO & BANGGANG TAHAP GABAN KECUALI TG PRESIDEN DAN TG MURSYIDUL AM YG AKU SAYANGI SURUH AKU TAK ANGGAP HANGPA NI BODO LG...YG SI RAZAK TU TIBA2 TULIS AKU NI BONEKA UMNO...HAHAHA...NK TERKENTUT PUN ADA BILA FIKIR MENTALITI MCM KORANG NI.ASYIK SEMUA ORG JE YG SALAH...KORANG JA YG BETUI.

CARA TULISAN KAMI NI PUN HANGPA TAK TAU KA YG KAMI NI PRO PIHAK YG MANA?BODO LAH HANGPA KLAU MCM TU.AKU IGTKAN HANGPA TERER BILA DIGELAR PENULIS BLOG TERSOHOR.HAMPIR BERJUTA ORG DOK BACA BLOG HANGPA...HUHU.

SEBENARNYA KAMI NI YG TAK PRO MANA2PIHAK PUN DLM PAS.JAUH LAGI LANGIT DGN BUMI KAMI NK PRO UMNO LAHANAT.TAPI KAMI NI PRO ISLAM, PRO GERAKAN ISLAM, PRO DAKWAH ISLAM...YG MAHU AJAK HANGPA YG BODO NI FOKUS DLM LAWAN MUSUH YG ADA DEPAN MATA TAK LAMA LG NI...BUKAN FOKUS NK LAWAN MUSUH DLM SELIMUT YG BERDASARKAN ANDAIAN SAJA.APARRAA...

LEPAS KITA SELESAI LAWAN UMNO LAHANAT TU KAT MANIK URAI...MAMPUIH PI LA KAT HANGPA NK MULA BALIK BATU API HANGPA TU...

kia71 said...

salam...

hoi....penyokong UG....dengaq sini..!!!!

klu hampa ahli PAS dan selalu pi usrah..antara mursyidul am dan presiden sapa yg tinggi...?

mursyidul am dah kata,sapa yg sokong UG adalah boneka UMNO...ada faham..

Anonymous said...

Tahniah diatas kejayaan saudara menolong memecahbelahkan pas. Segala isi blog dan komen boleh digunakan oleh bn/umno dengan penuh yakin lagi. Syabas dan tahniah.

lempentalam said...

syabas satu lagi bukti Boneka UMNO.Teruskan menulis walaupun pahit

tulang besi said...

June 13, 2009 2:33 AM
Anonymous Anonymous said...

Tahniah diatas kejayaan saudara menolong memecahbelahkan pas. Segala isi blog dan komen boleh digunakan oleh bn/umno dengan penuh yakin lagi. Syabas dan tahniah.
.

Dulupun UMNO tuduh PAS pecah belah orang melayu jugak.

Tak heran lah.

yang pecah belah kan PAS adalah Frkasi UMNO. Sebelum timbul isu rundingan dengan UMNO, PAS tidak berpecah.

Anonymous said...

KIa71 buat soalan bodoh. Takyah tulislah kalau otak tahap gaban aje...

Adeke main tanya sapa lebih tinggi...

Tulang Besi said...


kami bersama Presiden.Dan menghormati Mursyidul Am.Cuma TB ni,klu dah rasa hebat sgt,hujahlah di peringkat mana sekali pun dlm parti.Jangan dok tembak luar gelanggang ja.Ke Dia tidak di terima dikawasan dia....maksudnya dia pun tertolak oleh ahli parti di kawasan dia sehingga dia tidak bisa menyuarakan pandangan.
.

Nizamtoha,

mcm la hang ni diterima sangat dalam kawasan hang.

Takdalah hang ni hebat mana pun dalam kawasan hang.

Soalan lagi satu: jelas Tok Guru menolak kerajaan perpaduan dan Presiden menerima.

Mana satu pendapat yang kau sokong?

Jgn buat dolak dalik yang bengap, boleh tak? Jawab je soalan ni.

nizamtoha said...

TB,

Masihkah kau ingat...
TOK GURU BUAT KONSERT..
UST HARUN TAIB TEGUR MENGENAI KONSERT...

BERBEZA PANDANGAN...BIASA LA..TAKKAN ORANG BERILMU TINGGI MACAM KAU NI MENOLAK PERBEZAAN PENDAPAT.ANWAR IDOLA KORANG TU PUN ,MENERIMA BERBEZA PENDAPAT/PANDANGAN.SEJAK BILA PLAK ko NAK JADI KOMUNIS NI..HEHEHE

ULAMA PUN ADA KHLAF DAN BERBEZA PENDAPAT.

tokguru dan presiden berbeza pendapat tapi masih dalam satu jamaah.

ko nak ajar kami suruh tolak presiden ke...nak suruh tolak tok guru..Dua2 kerja syaitan.ataupun syaitan yang tok guru sebut dulu tu adalah TB...nauzubillah ,minta elakkan la yer.

TB aku tak kata aku diterima di kawasan aku,tapi aku masih menyuarakan ketidakpuashatian melalui saluran parti.main kat tepi-tepi ni,milo boy je punye keje.

ko ni tak abis lagi sylibus usrah ni..pi beli buku ust deris ahmad.kasi khatam dulu.

Tulang Besi said...


tokguru dan presiden berbeza pendapat tapi masih dalam satu jamaah.

ko nak ajar kami suruh tolak presiden ke...nak suruh tolak tok guru..Dua2 kerja syaitan.ataupun syaitan yang tok guru sebut dulu tu adalah TB...nauzubillah ,minta elakkan la yer.
.

Aku rasa kao ni duduk dalam alam yang berbeza dari alam nyata.

Perbezaan pendapat TGNA-TGHH ni REAL.

Dan kita kena pilih antara pendapat TGNA dgn TGHH. Tiada jalan tengah.

Samada setuju berkerjasama dgn UMNO atau tidak.

Itu isunya. Tiada jalan tengah dalam isu ni. Faham tak? Kita tak boleh bekerjasama sedikit2.

Jadi, dimanakah yang saya kata saya mahu ahli PAS menolak Presiden ni?

Kao ni mimpi ke, Nizamtoha? ataupun kau ni tak cukup tidur?

Tulang Besi said...


TB aku tak kata aku diterima di kawasan aku,tapi aku masih menyuarakan ketidakpuashatian melalui saluran parti.main kat tepi-tepi ni,milo boy je punye keje.

ko ni tak abis lagi sylibus usrah ni..pi beli buku ust deris ahmad.kasi khatam dulu
.

Errr apa aku buat ni bertentangan ke dengan Peruntukan PErlembagaan PAS?

dan yang aku tengok mereka yang kekal menyalurkan maklumat kepada saluran parti akhirnya disingkirkan.

Macam Khalid Samad. Jadi, aku sampaikan maklumat yang berkaitan dengan penyelewengan dalam parti yang wajib ahli ketahui dan ambil tindakan.

itu adalah tanggungjawab aku sebagai ahli yang mahu menjaga parti.

Hafiz said...

Saudara Rahman,

Saya seorang ahli PAS semenjak 18 tahun yang lalu. Tapi ahli di peringkat bawahan sajalah.

Saya agak neutral dalam kemelut yang melanda jamaah kita sekarang ini.

Saya memerlukan penjelasan yang rasional dan logik sebelum membuat sebarang sokongan.

Saya ada beberapa soalan yang memerlukan jawapan yang mantap dan tidak emosional daripada Tuan. Harap maaf kalau saya terkasar bahasa.

Saya mulakan dengan tiga soalan awal:
1)Mengapa Ustaz Nasharudin menang? (saya tahu Tuan ada menyatakan undi yang beliau dapat tidak sampai 50%; tetapi menang tetaplah menang, sama seperti PKR menang di Penanti). Jadi kenapa Nasha menang?

2)Kenapa Datuk Husam kalah?

3)Adakah wujud sebarang kesamaran atau ketidaktelusan seperti undi hantu, penipuan dsbnya dalam pemilihan baru-baru ini?

Cukuplah dengan tiga soalan awal ini. Saya pohon Tuan jawab dengan penuh hemah, tidak emosional dan tidak sarkastik, kerana saya pun memang benar-benar ikhlas dalam menyoal.

Insha-Allah ada soalan lain yang akan menyusul.

IbnuQalil said...

Salam, buat akhi Hafiz, kenapa perlu diajukan soalan sebegitu kpd Pakcik Man Talib? Dan wajarkah serta layakkag beliau menjawabnya? Ana rasa anta kena tanya orang yang lagi layak.

Lainlah jika Pakcik Man Talib dilantik sbg SUA Pas. Ana pun musykil kenapa tak lantik Pakcik Man Talib. Beliau memang layak. Orang lain semua tak layak.

Menang atau kalah dlm parti Islam ada natijahnya. Kedua-duanya tidak terlepas dari pandangan Allah. Yakinlah, kerja buat kita ini ada saham utk akhirat termasuk penulisan kita. Jika ianya FITNAH, tanggunglah azab dr Allah.

Tulang Besi said...


Lainlah jika Pakcik Man Talib dilantik sbg SUA Pas. Ana pun musykil kenapa tak lantik Pakcik Man Talib. Beliau memang layak. Orang lain semua tak layak.

Menang atau kalah dlm parti Islam ada natijahnya. Kedua-duanya tidak terlepas dari pandangan Allah. Yakinlah, kerja buat kita ini ada saham utk akhirat termasuk penulisan kita. Jika ianya FITNAH, tanggunglah azab dr Allah.
.

Anak si sikit,

Soalan saya hari tu pun tak jawab2 sampai skrg.

Apasal?

Related Posts with Thumbnails

PM ke 6 : Bapa Judi Negara

PM ke 6 : Bapa Judi Negara
Masa Depan Islam di Malaysia Amat Kabur Bawah Pemerintahan Bapa Judi Negara